Snapdragon 730G Yang Dioptimasikan Untuk Permua Diperkenalkan – Bersama-sama Snapdragon 665 Dan 730

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan beberapa cip pemprosesan terbaru memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 665, Snapdragon 730, dan juga Snapdragon 730G.

Snapdragon 665 dilihat diposisikan sebagai cip yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 660 sebelum ini. Ia hadir dengan rekaan 11nm, dilengkapi cip 8 teras Kyro 260, selain turut menyertakan sokongan GPU Adreno 610. Melalui penawaran cip ini, ia akan membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar dengan penawaran menarik, termasuk menggunakan sensor kamera 48-megapixel.

Snapdragon 730 pula hadir dengan rekaan 8nm lapan teras menggunakan Kyro 470 dan juga sokongan GPU Adreno 618. Cip ini turut menawarkan sokongan rakaman gambar dan video terkini, termasuk sokongan untuk rangkaian WiFi 6.

Dan akhir sekali adalah variasi Snapdragon 730 yang dioptimasikan untuk permua, iaitu Snapdragon 730G. Melaluinya, ia menawarkan penawaran lebih kurang sama, tetapi GPU yang dioptimasikan 15% lebih pantas berbanding versi 730. Cip ini juga menawarkan sokongan rakaman video gerak perlahan 960fps, selain sokongan telefon dengan paparan 1440p.

Qualcomm mengatakan pengeluar peranti dijangka hadir dengan pelbagai peranti menggunakan ketiga-tiga cip pemprosesan ini seawal pertengahan tahun 2019 ini.

Sumber : Amanz