Produk Generasi Baru “Made By Google” Akan Menyasarkan Pengguna Yang Bekerja Secara Mudah Alih

Made By Google adalah bahagian dalam syarika Google yang menghasilkan produk-produk seperti Pixel, Pixelbook, Pixel Slate, Google Home dan banyak lagi. Kali terakhir kita lihat Google melancarkan komputer riba premium Chrome OS mereka adalah pada tahun 2017 – Pixelbook. Sehingga hari ini, tiada lagi pengganti. Tetapi tahun lepas, Google turut memperkenalkan Pixel Slate – iaitu tablet Chrome OS premium.

Baru-baru ini, pada acara Cloud Next 2019 – Google telah menerangkan perancangan mereka yang seterusnya untuk produk-produk seperti Pixelbook dan Pixel Slate. Pixelbook adalah barisan produk premium mereka, yang lebih sesuai digunakan oleh para eksekutif yang sibuk, para usahawan, pekerja-pekerja informasi dan banyak lagi. Manakala, Pixel Slate pula adalah untuk para pengguna atau pekerja-pekerja yang bekerja di luar seperti; pelatih, para penjual, pekerja-pekerja kreatif atau juga pekerja-pekerja kaunter/lobi/penyambut tetamu.

Menurut Google, 60% pekerja di Google jarang melakukan tugas mereka di meja – malah 43% pekerja pula kerap bekerja di luar pejabat. Google turut menyatakan yang menggunakan Pixelbook atau Pixel Slate akan memberi pengalaman bekerja di era moden yang memfokuskan awanan. Oleh itu, kelak di masa hadapan – produk-produk Pixelbook dan Pixel Slate akan mefokuskan produktiviti yang mudah alih.

Sumber : Amanz