Samsung Galaxy A70 Dan Galaxy A80 Dijangka Hadir Ke Malaysia Sekitar Penghujung Mei 2019

Samsung pada hari ini telah melancarkan sejumlah peranti baru dibawah siri Galaxy A, termasuk peranti utama dibawahnya iaitu Galaxy A80.

Berkongsi lanjut mengenainya, Samsung mengatakan Galaxy A80 bakal dilancarkan di Malaysia sekitar penghujung Mei atau pada awal Jun 2019 ini. Bersama-sama dengannya, Galaxy A70 turut dijangka akan dilancarkan. Samsung menyasarkan pengenalan Galaxy A70 terlebih dahulu sebelum Galaxy A80.

Samsung Galaxy A80 memfokuskan kepada rekaan yang menarik termasuk penggunaan tri-kamera belakang yang boleh dinaikkan secara mekanikal, selain boleh diputarkan untuk digunakan bagi rakaman swafoto. Samsung Galaxy A70 pula memfokuskan kepada penggunaan skrin besar bertakuk kecil dan sokongan pengecasan pantas melaluinya, selain turut menawarkan sokongan rakaman gambar yang baik bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka dikongsikan pihak Samsung menjelang pelancaran rasminya di Malaysia.

Sumber : Amanz