‘F*ck off la! Korang bawa anak pakai troli dikategorikan OKU ka? Tunggu turn la musibat!’

Baru-baru ini viral di media sosial gambar ibubapa membawa stroller bayi untuk menaiki lif, tetapi terhalang dek lif dipenuhi dengan individu yang tidak bertimbang rasa. 
Isu penggunaan lif di tempat awam bukanlah isu baru, sudah pernah dibangkitkan beberapa kali tetapi masih ada masyarakat yang enggan memberi keutamaan kepada warga emas, orang kurang upaya, ibu hamil dan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil. 
Ibubapa tiada pilihan lain, hendak dibawa stroller bayi menggunakan eskalator, kebanyakannya telah diletakkan palang besi bagi tujuan keselamatan berikutan pernah berlaku kes bayi terjatuh dek hilang keseimbangan ketika menggunakan eskalator. 
Lambakan notis pemberitahuan di lif awam yang jelas memaklumkan golongan warga emas, OKU, ibu hamil dan ibubapa yang membawa anak-anak kecil perlu diberi keutamaan. Malangnya ada netizen yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana sudah menjadi ‘adat’ menunggu lif biarpun mereka boleh saja menggunakan tangga. 
Antara reaksi netizen yang berpendapat bahawa lif untuk kegunaan semua tanpa perlu diberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan: 

Sumber : TheReporter