Namanya Tidak Disebut, Tetapi Inilah Wanita Yang Menjadi Tulang Belakang Kejayaan Mengambil Gambar Lohong Hitam Pertama

NASA semalam yang mendedahkan imej lohong hitam pertama yang berjaya dirakam dan dianggap sebagai satu sejarah kepada komuniti sains. Tapi ramai yang tak tahu, imej lohong hitang pertama juga merupakan satu kejayaan kepada dunia saintis wanita.

Semuanya kerana Katie Bouman dan pasukannya selama tiga tahun membangunkan algoritma yang diperlukan untuk memproses data-data berkaitan lohong hitam, yang jika dihitung mampu mengisi setengah tan ‘hard disk’ biasa.

Katie bukanlah ahli fizik yang mahir bidang astronomi, sebaliknya beliau merupakan saintis wanita yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains komputer dan kecerdasan buatan. Beliau merupakan lulusan daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Malah menurut laporan media antarabangsa, Katie telah pun memulakan kerja-kerja membangunkan program komputer berkenaan ketika masih lagi menuntut di MIT.

Bukan sahaja membangunkan program komputer yang diperlukan, Katie juga diberi penghormatan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab memberi pengesahan kepada gambar lohong hitam tersebut.

Dilaporkan kerja-kerja memproses data tersebut melibatkan 200 orang saintis yang berkampung di Universiti Harvard sebelum imej pertama didedahkan semalam.

Dua keping gambar yang menunjukkan Katie bergambar dengan sebahagian hard-disk yang menyimpan data-data mengenai lohong hitam tular di media sosial menyebabkan namanya menjadi popular ketika ini.

Selain itu, media juga menganggap pencapaian Katie ini sebagai luar biasa kerana jarang-jarang sekali wanita diberikan peluang untuk mengetuai projek-projek penting di NASA.

Pencapaian Katie juga disamakan dengan pencapaian seorang lagi saintis wanita, Margaret Hamilton yang mengetuai pasukan menghasilkan kod sumber perisian program Apollo pada tahun 1969.

Namun bagi Katie, tiada sesiapun yang mampu melakukan sesuatu yang hebat secara sendirian tanpa bantuan dan sokongan orang lain.

”Tiada sesiapun dalam kalangan kami yang mampu melakukan perkara hebat ini sendirian. Ia perlu dilakukan bersama-sama kerana setiap orang mempunyai kepakaran masing-masing,” katanya.

Sumber: CNET, The Time

Sumber : SiakapKeli