Monotype Melancarkan Muka Taip Helvetica Now Untuk Dunia Digital

Muka taip Helvetica direka oleh Max Miedinger pada tahun 1957 untuk digunakan pada papan tanda yang mudah dibaca. Apple boleh “dipersalahkan” atas kepopularannya sekarang kerana ia muka taip yang digunakan pada laman web serta pengiklanan mereka. Tetapi selepas 62 tahun, muka taip ini telah dikemaskini oleh Monotype dalam bentuk Helvetica Now.

Helvetica Now ditawarkan dalam saiz optikal iaitu Micro, Text, dan Display. Dengan rekaan semula muka taip ini, ia akan dapat dipaparkan dengan lebih baik pada skrin peranti. antaramuka aplikasi dan juga paparan digital gergasi. Ia muka taip yang direka khusus untuk dunia digital tidak seperti keluarga Helvetica sebelum ini yang direka untuk medium percetakan.

Bagi yang berminat satu muka taip Helvetica Now boleh dibeli pada harga $35 (~RM 144) manakala keseluruhan keluarga yang terdiri daripada 48 muka taip dan 40,000 aksara boleh dibeli pada harga $299 (~RM 1231).

Sumber : Amanz