Katie Bouman: Wanita Di Sebalik Imej Supermassive Black Hole

Katie Bouman lahir pada 9 Mei 1989. Ayahnya memberitahu bahawa anaknya sudah memulakan kajian tentang pengimejan sejak di sekolah menengah lagi.

Beliau merupakan saintis komputer – graduan sarjana MIT ( Massachusetts Institute of Technology) pada 2011, mendapat master pada 2013 dan mendapat PHD beliau pada 2017 – kesemuanya di MIT. Katie kini adalah pemegang Ph.D. dalam Electrical Engineering & Is.

PBAKL 2019

Beliau sekarang menjadi profesor di Institut Teknologi California di Pasadena.Katie adalah wanita yang berjaya membentuk imej supermassive black hole dengan algoritma imej.

Projek itu bermula sejak 3 tahun yang lepas. Katie bekerjasama dengan Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, dan MIT Haystack Observatory untuk melengkapkan formula tersebut.

Katie mengetuai pasukan yang terdiri daripada lebih 200 pengkaji pakar. Di bawah ni kau orang lihat banyak betul hard disk. Data daripada disk ini digunakan untuk menghasilkan 1 imej. Banyak teleskop digunakan dalam projek ini daripada pelbagai kedudukan.

Buka pautan di bawah ini untuk dengar beliau buat sedikit taklimat bagaimana beliau membentangkan formula projek ini. Video ni dirakam pada 2016.

Pautan:

https://www.ted.com/talks/katie_bouman_what_does_a_black_hole_look_like/up-next?fbclid=IwAR2tnw5ibeQCWJorR_yI8A3h3ML-AHNvpyKIg3ocUD765vATNzPv3Rk354U

Katie Bouman telah mengetuai projek ini dan imej pertama supermassive black hole dikeluarkan oleh NASA pada 10 April 2019.

Hasilnya, mereka mengeluarkan gambar berbentuk cincin besar. Ianya struktur sama seperti ‘cincin’ yang diramalkan Albert Einstein lebih seabad yang lalu menerusi teori relativiti.

Malah, penyelidik telah menghasilkan beberapa gambar dan mereka semua kelihatan sama. Imej lohong hitam yang dibentangkan pada hari Rabu bukan dari satu sumber sahaja, tetapi ianya imej dari algoritma yang berbeza yang kabur dan digabungkan bersama.

Katie dan pasukannya telah melakukan sesuatu yang melangkaui akal kita semua. Jarak lohong hitam tu sangat jauh. Ia memerlukan teleskop berdiameter 10,000 km. Takkan nak buat teleskop sebesar tu? Sebab bumi kita pun berdiameter kurang 13,000 km. Kang lagi jam KL dan Cheras tu sebab teleskop.

Bouman jarang sekali berkongsi hasil kerjanya di social media. Berbeza dengan instafemes dan artis kita yang sanggup share gambar menguap dengan follower.

Ayahnya sendiri tidak banyak tahu tentang kerja anaknya. Kerana Katie sangat teliti dan tidak mahu menunjuk-nunjuk. Bapanya seorang pensyarah Universiti.

Facebook beliau sangat private. Dan post public pertama beliau adalah ketika beliau bergambar di hadapan imej yang hampir siap di-render.

Dalam satu post oleh MIT di Twitter, mereka meletakkan gambar Katie Bouman di sebelah Margaret

The post Katie Bouman: Wanita Di Sebalik Imej Supermassive Black Hole appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots