”Sanggup Duduk Bagi Makanan Dia Dan Tolong Ambil Ubat Kepada Mak Cik Gelandangan Tu,” Netizen Tersentuh Lihat Sikap Terpuji Gadis Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak cukup jika hanya memiliki wajah yang cantik atau tampan. Tetapi keperibadian seseorang itu yang mencerminkan diri sebenar. Jika sudah dibentuk dengan akhlak yang baik, maka akan terpancarlah dari segi perilaku dan perbuatan.

Seperti perkongsian oleh seorang pensyarah sebuah kolej mengenai kebaikan hati pelajarnya ini yang menjadi tular di laman sosial. Jelas Nik Rizal Wan Ismail, beliau yang terharu ketika itu mengambil gambar tersebut secara spontan apabila melihat pelajarnya memberikan makanan kepada seorang warga emas yang dipercayai gelandangan di kawasan tersebut.

Ramai yang mungkin bertindak untuk tidak ambil peduli, tetapi gadis ini dilihat tidak kekok untuk turut serta duduk bersama di atas lantai, menemani warga emas itu makan sambil memberikannya ubat-ubatan.

Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat namun jika diambil dari sudut positif bukankah ia satu perilaku yang baik untuk disebar dan dicontohi oleh semua? Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Saya snap gambar ini secara diam-diam.

Gambar : Nik Rizal Wan Ismail

Pelajar ini sangat mulia hatinya, sanggup memberikan makanan nya kepada seorang makcik yang geladangan. Bukan itu sahaja, malah membantu makcik ini untuk mengabil ubat-ubatan. Semoga niat suci pelajar KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS Kolej Komuniti Pasir Mas ini diredhoi Allah.

Gambar : Nik Rizal Wan Ismail

Pelajar tersebut bernama Siti Anisha binti Zuhaimi, pelajar semester 2, sijil Pengoperasian perniagaan, kolej Komuniti pasir mas, Kelantan. Moment ini berlaku di hadapan kolej, waktu makan tengah hari. Pelajar ini sangat simpati kepada makcik ni yang mengadu lapar. Lalu dia memberikan makanan dia kepada makcik tersebut.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut terharu dengan kemuliaan hati gadis itu. Moga Allah membalas kebaikan hatimu wahai anak muda.

Bagi dia borang nikah kahwin dengan saya

Semoga kamu diberkati dik

Semoga menjadi contoh kepada remaja lain

Semoga Allah memudahkan setiap langkahmu wahai anak

Sumber : Nik Rizal Wan Ismail

Sumber : SiakapKeli