Saintis Temui Fosil Makhluk Aneh Berusia 430 Juta Tahun

Saintis Britain baru-baru ini telah menggali fosil makhluk aneh berusia 430 juta tahun yang tertanam di dasar laut negara mereka.

Pakar paleontologi dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sepakat menyatakan bahawa tinggalan purba itu adalah dari susur galur keturunan ‘nenek moyang’ babi laut dan timun laut.

Disebabkn bentuk penemuan itu kelihatan agak aneh, pakar menamakan makhluk tersebut dengan nama Sollasina Cthulhu yang merujuk kepada satu watak makhluk asing di dalam filem Alien.

Cthulhu juga merujuka kepada watak yang reka oleh pengarah AS yang menyifatkan makhluk campuran antara sotong, naga dan karikatur manusia.

Saiz fosil makhluk aneh ini sekadar bersaiz satu inci (tiga sentimeter) lebar, namun tantakel yang dimiliki oleh makhluk tersebut lebih hebat berbanding makhluk yang mempunyai saiz yang sama denganya.

Timun laut tidak mempunyai mata namun sangat sensitif dengan kehadiran cahaya. Mereka tinggal di dalam kawasan yang gelap untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari dan hanya mencari makan pada waktu malam sahaja.

“Kami akan mengkaji lebih lagi mengenai fosil ini. Fosil ini juga sedikit sebanyak membantu untuk kami memahami perubahan evolusi awal yang akhirnya terjadi pelbagai hidupan seperti hari ini”.

Fosil yang ditemui dan bentuk 3D haiwan berkenaan ini akan dipamerkan di Muzium Universiti Oxford di bahagian ‘Natural History’.

Sumber: Mirror.uk

Sumber : SiakapKeli