Digi Menawarkan Kemudahan WiFi Semasa Perjalanan Kepada Pengendali Pengangkutan

Kini, Digi Telecommunications telah memperkenalkan Wifi iFleet iaitu sebuah platform yang berasaskan langganan sambungan WiFi. Platform ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan penumpang menjadi lebih produktif.

Menerusi platform ini, ia memberikan kemudahan sambungan Internet nirwayar kepada syarikat seperti bas, kereta api dan pengendali pengangkutan awam. Adanya platform sedemikian, pihak ini dapat mengakses sambungan Internet sewaktu memulakan perjalanan mereka tanpa sebarang masalah.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan pada tahun 2018, sebanyak 68.1% warga Malaysia menggunakan Internet semasa dalam perjalanan. Secara terus, inisiatif ini dapat meningkatkan tahap produktiviti pengguna dalam penggunaan sambungan Internet nirwayar. Seterusnya, menjadikan perjalanan mereka menggunakan pengangkutan awam dan komersial lebih menarik.

Melalui WiFi iFleet ini juga, pengendali pengangkutan darat dapat mengurangkan kos operasi mereka menerusi faedah daripada pelaburan muka yang dibuat pada kadar minimum. Perkhidmatan langganan yang ringkas ini, dapat menyediakan perkhidmatan WiFi dengan kos yang jauh lebih rendah. Hal ini kerana, kebiasaannya kos yang dikenakan lebih tinggi untuk kenderaan komersial.

Untuk makluman anda, perkhidmatan ini telah diuji di Sarawak oleh beberapa orang pengguna. Dengan menggunakan Bas Kuching iaitu perkhidmatan bas elektrik di negeri tersebut. Inisiatif ini telah diterima baik kerana berhasil memberi akses Internet yang cepat dan lancar kepada penumpang sepanjang perjalanan harian mereka.

Malah, WiFi iFleet ini turut menyediakan sambungan yang stabil dan pantas melalui rangkaian 4G-LTE Digi. Perkhidmatan ini menyokong beberapa pengguna dalam masa yang sama dan turut menawarkan sambungan melangkaui sempadan, liputan di Singapura dan Thailand.

Sumber : Amanz