Ahli Arkeologi Dakwa Berjaya Temui Fosil Spesis Baru Manusia Di Filipina

Ahli arkeologi mendakwa berjaya menemui spesis baru manusia hasil kerja-kerja eskavasi yang dijalankan di sebuah gua di Luzon, Filipina baru-baru ini.

Menurut kumpulan berkenaan, sekurang-kurangnya 50,000 tahun lampau, spesis manusia yang telah pupus tersebut menghuni kawasan sekitar gua berkenaan.

Spesis manusia baru yang diberi nama sebagai Homo luzonensis mempunyai ketinggian kurang daripada tiga kaki.

Sehingga kini, spesis manusia moden, homo sapiens dilaporkan spesis manusia tunggal yang masih wujud dan menghuni dunia ketika ini.

”Semakin banyak fosil yang ditemui oleh pengkaji, semakin banyak maklumat kita ketahui mengenai manusia di masa lampau,” kata paleoanthropologist, Matthew Tocheri daripada Universiti Lakehead, Kanada.

Homo luzonensis mempunyai bentuk fizik campuran spesis manusia purba dengan spesis manusia moden. Penyelidik berpendapat bahawa spesis ini merupakan manusia yang meninggalkan benua Afrika dan berjaya tiba di Asia Tenggara, sesuatu yang dianggap mustahil sebelum ini.

Dianggarkan terdapat tiga spesis manusia purba yang pernah tiba di Asia Tenggara dan salah satunya spesis yang dikenali sebagai Hobbit atau Homo floresiensis yang berjaya tiba di Flores, Indonesia kira-kira 60,000 ribu tahun lalu.

Penemuan fosil homo luzonensis terdiri daripada 13 bahagian iaitu gigi, tulang tangan dan kaki serta bahagian tulang paha yang dipercayai daripada tiga orang dewasa dan seorang remaja. Kerja-kerja eskavasi di gua berkenaan sudahpun dimulakan sejak 2007 lagi.

Tulang jari kaki

Antara ciri-ciri yang menarik berdsarkan fosil yang ditemui adalah bentuk tulang jari dan kaki yang melengkung, menunjukkan aktiviti memanjat gunung adalah sebahagian daripada cara hidup spesis ini.

Sumber: New York Times, BBC Indonesia

Sumber : SiakapKeli