Pemain Golf Malaysia Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Hotel Ketika Sertai Kejohanan Di China

Pemain golf Malaysia, Arie Irawan, 28, ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya ketika menyertai satu kejohanan di China, lapor media antarabangsa CNN.

Arwah dilaporkan telah terlepas pusingan kedua Sanya Championship bagaimanapun masih kekal di pulau berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Siri Jelajah PGA China.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh rakan sebiliknya, Kevin Techakanokboon, yang ketika sedang bersiap sedia untuk pusingan terakhir berkata, dia menyedari mangsa tidak bergerak daripada katilnya sebelum meminta bantuan pemain golf lain untuk memberi bantuan.

Kemudian, petugas kecemasan tiba di lokasi dan selepas 45 minit memberi bantuan kecemasan, Arie disahkan telah meninggal dunia.

”Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat ‘natural causes’, bagaimanapun laporan korenar ketika ini masih belum lengkap.

”Tragedi ini memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat dalam siri jelajah PGA dan kami mengucapkan takziah kepada keluarganya, Ahmad (ayah), Jeny (ibu), Wan Edna (kakak) dan Marina (isteri),” kata kenyataan itu.

Pusingan terkahir kejohanan juga telah dibatalkan susualan tragedi berkenaan dengan Traver Sluman diangkat sebagai juara selepas mendahului carta untuk tiga pusingan pertama.

Sumber: CNN

Sumber : SiakapKeli