Terkini: Pengasas Wikileaks Ditahan, Orang Ramai Sifatkan ‘Hari Yang Gelap’ Dalam Kebebasan Bersuara

London – Pengasas Wikileaks, Julian Assange ditahan oleh polis British pada Khamis di Kedutaan Ecuador di London selepas Ecuador menarik balik suaka politik yang diberikan kepada lelaki terbabit.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno menerusi Twitter berkata negaranya telah memutuskan untuk berhenti melindungi Assange selepas lelaki terbabit ‘berulang kali melakukan pelanggaran konvensyen antarabangsa dan protokol kehidupan sehari-hari”. Keputusan Ecuador itu telah memberi jalan kepada polis Britain untuk menahan Assage.

Wikileaks dalam pada itu mengkritik penahanan itu di akaun Twitternya.

“Lelaki ini merupakan seorang anak, seorang ayah, seorang abang. Dia telah memenangi berdozen-dozen anugerah jurnalis. Sejak 2010 ditelah dicalonkan sebagai penerima hadiah Nobel Keamanan secara berterusan. ‘Pelakon-pelakon hebat’, termasuk CIA terlibat dalam usaha (penahanan) ini.” tulis akaun terbabit.

Sumber: CNN

Sumber : SiakapKeli