Rahsia Warna Makanan, Ketahui Khasiat Disebalik Kecantikkan Warna Sayur Dan Buah-Buahan

Mungkin ada antara anda yang akan rasa teruja apabila melalui bahagian sayur dan buah-buahan di pasar raya. Manakan tidak, berwarna-warni rak dipenuhi dengan pelbagai jenis buah mahupun sayuran. Rasa teruja sangat tengok semua warna tu, memang rasa nak borong je semua tu kan?

Gambar Hiasan

Tapi pernah tak anda terfikir bahawa setiap warna di sebalik buah dan sayur itu mempunyai manfaat yang tersendiri? Haa, bukan hanya nampak cantik dan menyelerakan sahaja tau, warna pun sebenarnya mempengaruhi khasiat yang bakal dibekalkan kepada kita.

Warna buah yang berbeza adalah hasil daripada pigmen yang berbeza. Menurut kajian, lebih gelap warna sayur atau buah, lebih banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Berikut adalah penerangan lanjut mengenai warna dan khasiatnya :

1. Putih

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna puith seperti cendawan, bawang putih, bunga kobis, durian belanda, buah naga dan lobak putih mengandungi nutrien penting seperti serat, potasium dan magnesium yang bagus untuk meransang enzim, melancarkan peredaran darah dan mengekalkan kesihatan tulang.

Gambar Hiasan

2. Hijau

Warna yang paling banyak ‘di kalangan’ sayur dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau kaya dengan klorofil dan Isothiocynates yang dapat mengurangkan karsinogen iaitu agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel barah (kanser). Selain itu, brokoli, lada benggala, kacang panjang, bendi, epal, jambu dan avocado juga mengandungi Epigallocatechin, zeatin, phytonutrients dan yang dapat mencegah pelbagai penyakit. 

Gambar Hiasan

3. Kuning & Jingga

Seterusnya, ia menjadi kesukaan ramai orang iaitu buah dan sayur-sayuran berwarna oren kekuning-kuningan seperti buah oren, labu, aprikot, karot, betik, nenas dan jagung. Semua yang berwarna ini kaya dengan lutien iaitu nutrien yang sangat penting untuk mata. Ia juga mengandungi vitamin C yang terkenal dengan manfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh. Lebih penting, ia boleh meningkatkan daya ketahanan, meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan tubuh. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin A dan retinol yang diperlukan untuk pencegahan jerawat dan kedutan pada wajah.

Gambar Hiasan

4. Merah

Merah, warna yang paling menyerlah, dari jauh kita dah boleh nampak buah strawberry, epal, raspberry, delima, tomato or ceri yang tersusun atas rak. Pigmen utama yang memberikan warna merah kepada buah-buahan dan sayur-sayuran adalah Lycopene. Menurut kajian, ia adalah antioksidan yang berguna untuk mencegah kanser serta serangan jantung. Lycopene juga berguna untuk melindungi kesihatan prostat dan mengekalkan tisu payu dara. 

Sayur and buah yang berwarna merah ni selalunya mengandungi vitamin B, K, C, antioksida, fosforus dan kalsium yang boleh menguatkan imunisasi badan, mambantu peredaran darah, pembentukan tulang dan kesihatan usus. 

Gambar Hiasan

5 Biru & Ungu

Akhir sekali adalah terung, prune, black currants, anggur, kismis dan ubi keledek yang berwarna ungu kebiru-biruan. Warna ini disebabkan oleh kandungan anthocyanin buah. Anthocyanins adalah antioksidan yang memberi banyak manfaat kesihatan jantung. Semakin gelap warna biru, semakin tinggi kepekatan phytochemicals di dalamnya. Ia juga mengandungi quercetin, elargic acids, prosianidin dan resveratrol yang baik untuk kulit, melancarkan peredaran darah dan proses penceranaan.

Gambar Hiasan

Sumber : Color Meaning & Fruits And Veggies

Sumber : SiakapKeli