Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan Pada 22 April Ini

Realme hari ini telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi mereka yang terbaru pada 22 April 2019 kelak.

Telefon pintar berkenaan bakal dikenali dengan nama Realme 3 Pro.

Realme 3 Pro

Sebelum ini, melalui gambar acah ketika pelancaran Realme 3 lepas, pihak Realme membandingkannya bersama-sama Redmi Note 7 Pro – sekaligus memberikan petanda ia akan menyertakan kamera 48-megapixel bersama-sama dengannya, selain penawaran cip pemprosesan lebih berkuasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 April ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Realme.,

Sumber : Amanz