Celcom, Digi, Maxis Dan UMobile Mengacah Penawaran 5G Masing-Masing – Kelajuan Mencapai 4.2Gbps

SKMM hari ini telah mengadakan sebuah acara media ringkas, sekaligus mempertontonkan persediaan pelbagai syarikat telekomunikasi menjelang acara tontonan 5G pertama di Malaysia pada minggu hadapan. Pada acara media ringkas yang diadakan hari ini, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile besama-sama berkongsi mempertontonkan penawaran mereka – selain memberi idea bagaimana 5G boleh digunakan dalam seharian.

Demo Maxis 5G Pada Kelajuan Mencapai 4.2Gbps

Maxis 5G

Maxis menjadi yang terawal mempertontonkan kelajuan rangkaian 5G mereka pada acara media ringkas ini, dimana mereka memperlihatkan kemampuan kelajuan mencapai sehingga 4.2Gbps. Pihak Maxis turut memberikan petanda penawaran rangkaian 5G ini kelak akan membolehkan pengguna turut menggunakannya sebagai ganti kepada rangkaian jalur-lebar berwayar pada hari ini. Maxis mempertontonkan rangkaian mereka ini menggunakan penggunaan peralatan daripada Huawei.

Maxis 5G

U Mobile Bekerjasama Dengan ZTE

UMobile 5G

Syarikat telekomunikasi kedua yang turut mempertontonkan penawaran mereka pada hari ini adalah U Mobile. Pihak U Mobile mempertontonkan kelajuan mencapai melangkaui 1Gbps menggunakan kapasiti gelombang yang sedikit berbeza.

Celcom 5G Ingin Menjana Kereta Swapandu

Celcom 5G

Celcom pula mencuri perhatian ramai dengan mempertontonkan mereka akan memperlihatkan keupayaan rangkaian mereka dalam dan pada luar bangunan. Menariknya, Celcom turut mengatakan mereka akan mempertontonkan penawaran rangkaian mereka kepada umum minggu hadapan menggunakan sebuah kenderaan swapandu yang dijana menggunakan rangkaian mereka – sekaligus menekankan kepada rangkaian mereka yang akan menawarkan kadar pendam masa yang sangat rendah.

Digi Mempertontonkan 5G SA

Digi 5G

Sementara terdapat beberapa syarikat telekomunikasi mempertontonkan penawaran menggunakan rangkaian 5G NSA yang turut bergantung kepada rangkaian LTE, pihak Digi mempertontonkan demo ringkas mereka menggunakan rangkaian 5G SA – dan ia dilihat mencapai kelajuan sehingga 1.6Gbps. Digi turut menekankan yang mana penawaran 5G kelak akan mengubah beberapa perkara, termasuk dari segi penggunaan dron untuk tujuan kecemasan, penggunaan kandungan realiti-terimbuh, selain realiti-maya untuk permainan.


Apa yang dipertontonkan pada hari ini oleh syarikat telekomunikasi ini boleh dikatakan sekadar mengacah awal – sebelum ia dipertontonkan secara rasminya pada minggu hadapan melalui acara khas yang turut akan dibuka kepada umum. Pihak SKMM sebelum ini telah mengatakan mereka menyasarkan pengenalan rangkaian 5G secara meluas di Malaysia menjelang 2021 / 2022 kelak.

Sumber : Amanz