Acer TravelMate P6 Diperkenalkan – Laptop Dengan Jangka-hayat Bateri Sehingga 20 Jam

Siri komputer riba Acer Swift dikenali ramai sebagai salah sebuah siri laptop yang mempunyai rekaan ternipis dan paling ringan oleh jenama tersebut, dan di acara Acer Global Press Conference, mereka nampaknya ingin menggunakan sedikit daripada konsep rekaan siri Swift kepada siri TravelMate mereka.

Acer Travelmate P6

Acer TravelMate P6 ialah komputer riba profesional yang paling nipis oleh Acer setakat ini. ia dilengkapi dengan siri CPU Intel Core generasi kesembilan, memori DDR4 dan juga storan SSD.

Dari segi rekaan, TravelMate P6 ini hadir dengan rekaan rangka setebal 16.6mm sahaja dan seberat 1.1kg dan diantara komputer-komputer riba paling nipis keluaran syarikat tersebut. TravelMate P6 ini juga hadir dengan beberap ciri-ciri menarik, seperti sokongan untuk sambungan internet mudah-alih LTE dan juga ciri nirwayar NFC untuk penghantaran data yang lebih cepat dan mudah.

Paling menarik mengenai computer riba ini ialah Acer mengatakan bahawa ia mempunyai jangkahayat bateri selama 20 jam dengan satu pengecasan penuh. Pengguna juga boleh membawa komputer riba TravelMate P6 ini ke kawasan pendalaman, kerana rangkanya bukan sahaja ringan, tetapi juga tahan lasak.

Dengan sokongan MIL-STD 810G, TravelMate P6 ini juga boleh menangani hentakan ringan, dan dengan gabungan pengimbas cap jari IR dan juga kamera yang terbina didalamnya, pengguna boleh menggunakan ciri Windows Hello untuk memastikan maklumat didalam laptop ini sentiasa selamat.

Sumber : Amanz