Antaramuka Perkhidmatan Penstriman Video Disney+ Diperlihatkan

Perkhidmatan penstriman video Disney+ akan dilancarkan tahun ini sebagai pesaing kepada Netflix, Hulu dan HBO Go. Ramai mengetahui ia akan menawarkan kesemua katalog penuh filem-filem dan siri yang di bawah payung Disney namun maklumat lebih terperinci tidak dikongsi sehinggalah hari ini.

Sebentar tadi Bob Iger, presiden Disney telah memperlihatkan antaramuka Disney+ buat pertama kali menerusi akaun Twitter beliau. Tidak mengejutkan antaramuka yang digunakan mempunyai banyak pesamaan dengan perkhidmatan penstriman sedia ada. Yang menarik ialah imej kecil untuk Captain Marvel yang akan menjadi filem eksklusif hanya di Disney+. Turut dapat dilihat ialah imej kecil untuk siri The Mandalorian di dalam dunia Star Wars.

Buat masa ini nampaknya kandungan dikategorikan di bawah studio Disney, Marvel, Pixel, Star Wars dan National Geographic. Memandangkan Disney telah mengambil alih Fox, besar kemungkinan studio ini juga akan mempunyai kategorinya sendiri di Disney+. Turut dapat dilihat ialah barisan khas untuk kandungan yang disarankan serta barisan untuk melihat kandungan yang telah ditonton. Yang pasti selepas ini untuk menonton kandungan milik Disney, pengguna tiada pilihan tetapi perlu melanggan kepada perkhidmatan penstriman video ini.

Sumber : Amanz