Gitar Tahan Pecah Pertama Dunia Dihasilkan Menggunakan Teknik Cetakan 3D Titanium

Klise seorang bintang rock ialah mereka akan menghancurkan gitar yang dimainkan selepas tamatnya konsert. Jimi Hendrix, Kurt Cobain dan Pete Townsend adalah antara nama besar dunia muzik yang menghancurkan gitar ikonik mereka. Bagi mereka yang mencari gitar tahan hentakan, Sandvik sebuah syarikat dari Sweden telah menghasilkan Smash-Proof Guitar.

Dari namanya anda boleh meneka gitar elektrik ini tidak boleh dimusnahkan. Tubuh gitar dihasilkan menerusi teknik cetakan 3D menggunakan bahan titanium. Bahagian tengkuk dan teras tubuh pula diukir dari seketul bongkah aluminium. Untuk memastikan ia benar-benar tahan lasak, mereka menggunakan pemain gitar terkemuka Yngwie Malmsteen untuk mengujinya di atas pentas.

Sandvik ialah sebuah firma kejuruteraan yang tidak pernah menghasilkan gitar. Smash-Proof Guitar ini dihasilkan semata-mata untuk menunjukkan kepakaran mereka menghasilkan produk yang tahan lasak untuk industri perlombongan.

Sumber : Amanz