Tiada lagi bagasi percuma untuk tiket penerbangan termurah Malaysia Airlines

Mengikut jejak langkah AirAsia dan Malindo Air, bermula sejak 8 April 2019, Malaysia Airlines (MAS) tidak lagi menyediakan daftar masuk bagasi percuma untuk tiket penerbangan termurah.
Berdasarkan jadual terbaru yang dimuat naik di laman MAS, penerbangan domestik bagi kelas Economy Lite, tidak lagi menerima bagasi daftar masuk percuma.
Bagi kelas Economy Basic dan Economy Flexi, penumpang ditawarkan bagasi daftar masuk masing-masing 20 kg dan 25 kg sahaja dan penumpang yang memilih kelas ekonomi masih dibenarkan membawa ‘hand carry’ percuma maksimum 7 kg. 
Difahamkan, ahli Enrich tidak terlibat dalam rombakan yang dilakukan ini kerana mereka masih menerima bagasi daftar masuk tambahan secara percuma. 

Bagi mereka yang bakal menggunakan perkhidmatan MAS, anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat bagasi daftar masuk sekiranya anda memilih kelas ekonomi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa kerana anda mungkin perlu membayar untuk daftar masuk bagasi. 

Sumber : TheReporter