NVIDIA Mengeluarkan Perisian Yang Mengaktifkan Fungsi Ray Tracing Pada Kad GTX

Menerusi kad NVIDIA RTX, kesan khas ray tracing kini disokong secara masa nyata di dalam permainan video. Ini membolehkan sistem pencahayaan yang lebih realistik dengan pantulan seakan dunia sebenar boleh dilakukan dengan pantas. Pada Mac yang lalu NVIDIA mengumumkan sokongan DirectX Raytracing (DXR) akan turut diberikan kepada beberapa pada kad GTX.

Semalam perisian terkini Game Ready Driver akhirnya membawakan fungsi RTX pada kad-kad yang kami senaraikan di bawah. Sungguhpun menyokong DXR, NVIDIA menegaskan fungsi ini adalah sehingga tiga kali ganda lebih pantas pada kad RTX sebenar. Bagi menguji fungsi ray tracing ini, pengguna boleh memuat turun tiga demo teknologi yang dihasilkan iaitu Atomic Heart RTX, Justice dan Reflections.

  1. GeForce GTX 1660 Ti
  2. GeForce GTX 1660
  3. NVIDIA TITAN Xp (2017)
  4. NVIDIA TITAN X (2016)
  5. GeForce GTX 1080 Ti
  6. GeForce GTX 1080
  7. GeForce GTX 1070 Ti
  8. GeForce GTX 1070
  9. GeForce GTX 1060 6GB
  10. Komputer riba dengan GPU Pascal dan Turing

Muat turun ketiga-tiga demo RTX Atomic Heart, Justice dan Reflections

Sumber : Amanz