Celcom Bakal Mempertontonkan Kenderaan Swapandu Berasaskan Kereta Tempatan Pada Minggu Hadapan

Celcom semalam telah berkongsi secara ringkas mengatakan bakal memperlihatkan penggunaan rangkaian Celcom 5G untuk tujuan kenderaan swapandu pada acara mempertontonkan penggunaan 5G di Malaysia pada minggu hadapan.

Menariknya, selari dengannya, kini pihak SKMM telah mula mengacah memperlihatkan kenderaan swapandu berkenaan adalah berasaskan kepada kereta tempatan. Melalui video acah yang hadir, ia dilihat seumpama menggunakan kereta Proton Exora.

Kenderaan berkenaan juga dilihat dilengkapi dengan sebuah komputer untuk kawalan kenderaan, selain ia juga akan dilengkapi penggunaan sesnor lidar untuk memantau gerakkan dan berhenti sekiranya terdapat sebarang halangan dihadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan untuk melihat lanjut apa yang Celcom bakal pertontonkan melalui kenderan swapandu ini.

Sumber : Amanz