Yakuza Membina Jaringan Dengan Peminat Melalui Majalah

“Mata pena lebih tajam daripada
senjata”. Ini adalah kata-kata biasa yang kita dengar untuk menunjukkan
bahawa penulisan itu sangat berpengaruh dan memberi kesan kepada seseorang. Perkara
ini terbukti dengan wujudnya penulisan-penulisan yang masih lagi dimanfaatkan
sehingga sekarang. Malah, diperbincangkan walaupun ia telah lama ditulis.

Kumpulan Yakuza juga tidak terlepas
dalam melakukan perkara ini. Sektor percetakan dan penulisan telah dimanfaatkan
mengikut kapasitinya yang tersendiri. Semestinya, ramai yang tidak mengetahui
perkara ini.

Yakuza
dalam dunia percetakan

Nama Yakuza di mata rakyat Jepun tidaklah dipandang mulia. Ia semakin hari semakin kotor. Ini juga telah menjatuhkan motivasi ahli-ahli Yakuza yang sedia ada. Demi memberi semangat kepada para ahlinya, salah satu usaha yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan ini adalah melalui bahagian penerbitan dan tulisan.

PBAKL 2019

Sebagai contoh, pada tahun 2013, kumpulan Yakuza paling besar di Jepun, Yamaguchi Gumi telah mengeluarkan majalah berita rasmi mereka yakni Yamaguchi Gumi Shinpo. Ia tidak boleh didapati secara umum. Namun mereka tahu bahawa isi majalah itu akan bocor juga kepada orang awam. Justin McCurry, penulis The Guardian menerangkan isi majalah itu sebagai begini,

“Helaian muka suratnya diisi dengan puisi-puisi haiku, artikel-artikel mengenai usaha-usaha orang tak bersalah dan menarik pembaca untuk melakukan kerja-kerja yang baik. Bunyinya seperti makalah dakyah dari gereja.”

Majalah
Yakuza yang dijual secara umum

Sedar atau tidak, majalah yang
dikeluarkan oleh Yakuza sendiri telah masuk lama di kedai-kedai buku. Malah, ia
sudah diterbitkan sejak 3 dekad yang lalu. Majalah itu diberi nama Gekkan
Jitsuwa Document. Majalah bulanan ini meliputi berita mengenai ahli kumpulan
jenayah Jepun.

Sejak dilancarkan pada tahun 1984,
Jitsuwa Document telah menjadi satu jurnal yang menceritakan mengenai
berita-berita terkini dan industri kumpulan jenayah yang membuat perjanjian
dengan gangster. Ini termasuklah video lucah dan seks komersial. Disebabkan
pembacanya adalah dalam kalangan ahli kumpulan gengster, majalah itu juga
mempunyai ruang iklan untuk alat permainan seks, perkhidmatan seks, pelukis
tatu iezumi, filem-filem lucah, komik manga lucah, laporan mengenai jenayah
orang luar dan gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti kumpulan bersayap kanan
(right wing group).

Laku tak laku majalah ini terbukti
apabila ia pernah dijual sebanyak 70 000 cetakan sebulan selepas peristiwa
perpecahan kumpulan Yakuza terbesar, Yamaguchi Gumi dengan musuhnya Kobe
Yamaguchi Gumi.

Seperti yang kita tahu, pengenalan undang-undang anti-kumpulan gengster oleh Jepun pada tahun 2011 telah banyak memberi kesan kepada setiap operasi kumpulan Yakuza. Ini termasuklah dunia percetakan mereka. Pada Mei 2017, Gekkan Jitsuwa Document menemui jalan akhirnya untuk dijual. Syarikat penerbitan, Myway Publication sendiri telah menyekat penerbitan majalan ini.

Tindakan ini bukanlah kerana mereka tiada duit, tapi lebih kepada isi majalah itu sendiri. Ia juga berkait rapat dengan tekanan disekeliling untuk menendang keluar kumpulan Yakuza dalam pelbagai operasi. Syarikat penerbitan juga akan mempunyai masalah untuk membuat pinjaman jika terus menerbitkan majalah Yakuza.

Majalah
yakuza buka ruang dengan peminat

Selain dari Jitsuwa Document yang
dinyatakan di atas tadi, terdapat beberapa majalah utama Yakuza seperti Jitsuwa
Jidai, Jitsuwa Jiho dan Asahi Geino. Beberapa majalah-majalah lain pula hanya
spesifik untuk suatu kumpulan tertentu. Untuk majalah Knuckles, ia tidak secara
terus mengenai Yakuza. Namun, terdapat beberapa ruang artikel yang memuatkan
sesi temu ramah dengan kumpulan Yakuza.

Pekara ini turut dilakukan oleh
majalah-majalah kumpulan Yakuza lain dengan memasukkan ruang artikel sesi
interviu dengan ketua-ketua mereka. Interviu ini sering menyentuh mengenai
aktiviti jenayah, tapi lebih kepada sejarah kegemilangan lampau, peperangan
antara kumpulan dan perbincangan mengenai nilai tradisional Jepun. Terdapat juga
artikel temu ramah dengan pelacur seks ternama yang membincangkan mengenai
cara-cara terbaik melakukan seks.

Hubungan majalah Yakuza dengan pembaca
juga nampaknya erat. Ia boleh dilihat pada majalah milik Yamaguchi Gumi yang
mempunyai ruang “Tattoo Corner” yang mempamerkan gambar lelaki dan
wanita bertatu yang dihantar oleh pembaca.

Selain
majalah, jenis percetakan lain dimanfaatkan

Menurut Jack Adelstein, seorang penulis
terkenal mengenai Yakuza menyatakan bahawa majalah Yakuza telah berevolusi dari
majalah tradisional kepada majalah yang mempunyai unsur-unsur manga. Ia
mengandungi tulisan serta lukisan komik untuk menarik minat pembaca.

Apabila bercakap mengenai komik,
beberapa siri novel komik manga ada diterbitkan. Sehingga sekarang, sudah ada
lebih 100 novel berkaitan Yakuza yang telah diterbitkan. Kebanyakan novel ini
meceritakan jatuh bangun ahli Yakuza terkenal pada masa lampau dan kini.

Begitulah.

Sekalipun, ada majalah Yakuza yang
disekat dan dihalang. Namun, ia tetap diterbitkan dengan kapasitinya sendiri.
Dalam keadaan dunia percetakaan yang semakin mencabar era moden ini, mungkin
suatu hari nanti kita boleh melihat bukan sahaja majalah Yakuza yang hilang, ia
lebih kepada semua majalah.

RUJUKAN:

1) Yakuza magazine – for the well-read gangster. https://www.theguardian.com/world/2013/jul/11/yakuza-magazine-yamaguchi-gumi-shinpo

2) Japan’s yakuza aren’t disappearing. They’re getting smarter. https://www.washingtonpost.com/news/global-opinions/wp/2017/04/08/japans-yakuza-arent-disappearing-theyre-getting-smarter/?utm_term=.509b1240346e

3)Japan’s biggest yakuza publishes magazine for gangsters.https://www.scmp.com/news/asia/article/1279567/japans-biggest-yakuza-publishes-magazine-gangsters

4) Tokyo publisher drops yakuza magazine after 3 decades. https://www.tokyoreporter.com/crime/yakuza/tokyo-publisher-drops-yakuza-magazine-after-3-decades/amp/

5)The Strange World of Yakuza Fan Magazines.https://publishingperspectives.com/2009/10/the-strange-world-of-yakuza-fan-magazines

The post Yakuza Membina Jaringan Dengan Peminat Melalui Majalah appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots