Harga RON97 Naik, RON95 Dan Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter iaitu daripada RM2.63 seliter kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 13 April hingga 19 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal seperti minggu lepas iaitu pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Tanpa subsidi kerajaan, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sumber : SiakapKeli