Mistos Kuda Tak Wujud Di Benua Amerika

A.

“Kuda tiada di benua Amerika sebelum kehadiran penjajah Eropah.”

PBAKL 2019

Ini mitos yang wujud setelah seseorang mengetahui bahawa orang Asal Amerikan atau Indian boleh bertamadun tanpa menggunakan haiwan untuk tujuan pengangkutan dan peperangan, seperti Aztec dan Inca.

Apabila kita membaca sejarah kewujudan kuda, benua Amerika adalah pusat kelahiran dan pengembangan evolusi kuda itu sendiri. Dalam erti kata lain, asal-usul kuda bertempat di benua Amerika.

Nenek moyang kuda adalah Eohippus yang cuma bersaiz seekor anjing dan haiwan ini tinggal di Amerika Utara. Sekitar 15,000 tahun, Jambatan Bearing timbul dari cairan ais dan menghubungkan benua Amerika dan Asia. Maka, kuda yang telah berevolusi dari nenek moyang mereka bermigrasi ke Asia dan menjadi haiwan yang cepat tersebar ke hampir seluruh dunia atau haiwan spesifik menurut kajian biogeografi adalah spesis holartik: haiwan yang terdapat di Afrika Utara, seluruh Eurasia kecuali selatan Semenanjung Tanah Arab, Asia Tenggara, dan India; Amerika Utara dan Mexico Utara.

Namun ada sesetengah populasi kuda tetap tinggal di tempat kelahiran mereka sehingga kehadiran manusia membawa kepupusan kepada spesis kuda. Pemburuan tidak terkawal menyebabkan populasi kuda mengecil dan disahkan pupus. Jika masih ada pun ia jarang ditemui. Ketiadaan kuda Amerika ini berterusan sehingga kehadiran penjajah Sepanyol memusnahkan tamadun kaum Aztec.

Kuda-kuda milik tentera Sepanyol yang meninggal dunia dan dibiarkan menjadi kuda liar sehingga ditemui oleh puak-puak orang asal Amerika Utara, kemudian memperdagangkan kuda dan menjadikannya sebagai haiwan terpenting dalam urusan orang asal. Orang asal yang biasa menggunakan kuda adalah puak Cheyenne. Maka, populasi kuda semakin berkembang secara tidak langsung dan Amerika Utara sekali lagi hidup dengan kehadiran semula kuda.

B.

“Mengapa kuda tidak bermigrasi ke Amerika Selatan. Bukankan Mexico adalah jambatan antara Amerika Utara dan Selatan? Pasti kuda boleh migrasi ke sana.”

Baik. Memang ada jambatan geografi yang menghubungkan Amerika Utara dan Selatan iaitu Isthmus of Panama. Kehadiran jambatan ini sememangnya membawa migrasi flora dan fauna dalam jumlah yang besar. Maka migrasi ini dinamakan sebagai Great American Interchange. Opossum, armadillo, dan landak adalah haiwan bermigrasi dari Amerika Selatan manakala beruang, kucing, anjing, Ilama, dan rakun adalah haiwan Amerika Utara yang turut bermigrasi ke selatan.

Bagi kes kuda, ada percubaan spesis ini melintasi Isthmus of Panama dan berjaya ke Amerika Selatan namun kuda memerlukan kawasan habitat yang lebih besar. Amerika Selatan mempunyai kawasan geografi yang mengehadkan mereka untuk terus bermigrasi. Maka, Amerika Selatan bukan benua yang sesuai untuk spesis kuda. Dari kesan migrasi itu, ada sebilangan kuda pupus atau berpatah balik ke Amerika Utara. Tidak hairanlah mengapa kaum Inca dan Aztec tidak menggunakan kuda untuk kemajuan tamadun seperti tamadun dunia lain lakukan. Memang kuda tak nak pun tinggal lama di Amerika Selatan!

The post Mistos Kuda Tak Wujud Di Benua Amerika appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots