Pembeli Samsung Galaxy S10+ Dan S10 Di Malaysia Akan Menerima Kerangka Avengers Percuma

Tinggal kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Avengers End Game akan ke layar perak. Kesinambungan filem Infinity War ini akan melihat adiwira dan adiwirawati Marvel yang terselamat dari petikan jari Thanos cuba membalas dendam ke atas mereka yang terkorban. Sempena penayangan filem ini, Samsung Malaysia menawarkan tiga kerangka rasmi Avengers kepada pembeli Galaxy S10+ dan S10.

Kerangka ditawarkan dalam rekaan Iron Man, Captain America dan The Avengers ini bernilai RM 159 sebuah. Untuk melayakkan anda menerima kerangka ini, Samsung Galaxy S10+ dan S10 perlu dibeli di antara 12 hingga 30 April 2019. Jumlah dan rekaan kerangka yang ditawarkan adalah terhad. Untuk terma serta syarat lengkap sila ke pautan di bawah.

Sumber : Amanz