(Video) Myvi baru ‘terbang’ sebelum hempap Camry dan ‘abangnya’

Viral di media sosial video detik seorang pemandu Myvi yang hilang kawalan lalu terbabas di sebuah persimpangan lampu isyarat, hari ini. 
Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Atria Mall, Petaling Jaya, pemandu Perodua Myvi terbabit dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat.
Keadaan jalan pada waktu itu basah ekoran cuaca hujan juga dikatakan menjadi punca kereta itu hilang kawalan lalu ‘terbang’ sebelum menghempap sebuah kereta Toyota Camry yang diletakkan di tempat letak kereta. 

Sebuah kereta Myvi yang berhampiran turut menjadi mangsa ‘saudara barunya’ itu. 

Akibatnya, kereta Camry terbabit rosak teruk di bahagian bumbung, manakala Myvi jingga terbabit hanya mengalami kemek dan calar sahaja. 
Khidmat kereta penunda dipanggil ke lokasi kejadian bagi menarik kereta Myvi merah itu.
Pelbagai spekulasi yang timbul di mana ada yang mendakwa pemandu Myvi itu mengalami masalah kesihatan ketika memandu, tidak kurang juga yang mendakwa kereta itu menghadapi masalah teknikal. 
Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan benar. 

Sumber : TheReporter