Pink Diamond Gagal Ditemui Semasa Serbuan, Tapi Bukti Transaksi Pembelian Wujud – Polis

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu pembelian berlian merah jambu oleh Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Walaubagaimanapun, Rosmah Mansor telah menafikan bahawa dirinya terlibat dalam urusan [embelian tersebut.

Hari ini, laman rasmi Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu pembelian berlian berkenaan. Menurut kenyataan tersebut :

Hasil Siasatan Berhubung Pembelian ‘Pink Diamond’ Oleh Datin Seri Rosmah Mansor

Gambar : Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan bahawa terdapat bukti jejak kewangan (money trail) transaksi pembelian berlian terbabit yang bernilai USD23 Juta (RM 94,633,500.00) daripada dari seorang peniaga barang kemas di New york dengan menggunakan wang syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaubagaimanapun, ‘pink diamond’ itu gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti yang terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya.

Sumber : Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis)

Sumber : SiakapKeli