”Banyak Juga Bil Kena Bayar Tapi ‘Abi’ Tak Pernah Merungut Pun”, Walhal Suami ‘Struggle’ Nak Pastikan Makan Cukup Dan Rumahnya Tak Bergelap

Sudah menjadi kelazimana bahawa si suami bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara kehidupan anak dan isterinya.

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya mereka memilih untuk melakukan dua kerja setiap hari semata-mata untuk memastikan semua keperluan cukup.

Kadang-kala, biarpun kehidupan yang dilalui tidak mewah, sebenarnya si suami sebagai ketua keluarga sudahpun berkorban banyak perkara.

Jom kita ikuti kisah yang dikongsikan oleh Izyan Izdihar Shaarani dibawah mengenai pengorbanan seorang suami yang selalu terlepas pandang.

Masuk rumah tadi ternampak kertas berlipat atas meja. Bila buka, oh..bil elektrik rupanya. Saya pun belek.

Hmm, banyak juga bil elektrik zaman sekarang ni rupanya. Walhal duduk bertiga dengan iman dan abi dia je. Senja pulak baru ada orang.

Lepas belek bil ni, baru perasan. Ha’ah eh, dah lama sangat tak tengok bil. Bil elektrik, bil air, bil astro, bil insurance, sewa rumah, ansuran kereta dan segala mala bil keperluan asas lah.

Tiba-tiba datang satu perasaan kagum, wah selama ni gigih betul abi jelaskan semua bil bil ni tanpa sekali pun pernah merungut. Tak pernah pulak dengar dia merungut kalau anak bini bukak aircond, marah kalau anak main air dalam bilik air.

Ada masa, kalau tengok suami suami orang lain buat surprise dekat isteri beli bunga lah. Hantar coklat lah belanja isteri shopping beg Gucci lah. Candlelight dinner lah, kadang bila syaitan hasut, terdetik juga dalam hati, hmm. Suami aku tak romantik macam ni pun.

Tapi, hakikatnya kita isteri isteri ni seringkali terlepas pandang pengorbanan suami tentang perkara perkara macam ni. Pada kita, alah dah tanggungjawab dia. Buat ajelah.

Walhal dia struggle cukupkan duit nak pastikan semua bil-bil ni berbayar. Rumah tak bergelap, anak bini cukup makan dan boleh tidur lena.

Jadi, bersyukur lah jika kita ada suami yang sentiasa mendahulukan tanggungjawabnya terhadap keluarga berbanding berbelanja untuk perkara-perkara sampingan walhal bil-bil dan keperluan asas masih mengharapkan isteri yang bayar.

Janganlah dirungutkan jika suami kita tak beli coklat bunga kek jam beg gajah zirafah kalau dia dah berusaha sehabis daya dan poket dia untuk keperluan asas kita sekeluarga.

Ketahuilah suami yang gentleman itu adalah suami yang lunaskan semua tanggungjawabnya walaupun tidak berdaya memewahkan isterinya.

Uih dah lama akak tak tulis benda serius macam ni. Krik krik pulak rasa. 😂

#kisahsuamirealiti

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani 

Sumber : SiakapKeli