Awas! Penggodam ancam serang website kerajaan, bank dan sekolah pada 16 hingga 23 April ini

Penggodam dari negara jiran dipercayai sedang merancang untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap laman sesawang kerajaan bermula minggu depan, menurut sumber. 
Sumber berkata, operasi itu dijangka akan berlangsung selama lapan hari bermula Selasa depan hingga Selasa minggu seterusnya. 
Difahamkan, kumpulan itu bertindak sedemikian kerana mahu membalas dendam atas dakwaan pelanggaran zon wilayah laut republik itu. 
Kumpulan itu bukan sekadar menyasarkan laman sesawang milik kerajaan, malah laman sesawang bank tempatan dan juga sekolah turut tersenarai dalam serangan itu kelak. 
Menurut sumber yang sama, pihak berkuasa di Malaysia sudah mengambil maklum berhubung ancaman itu dan menasihatkan semua penjaga laman sesawang dan sistem online kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan tiada sebarang kebocoran maklumat yang berlaku. 

Sumber : TheReporter