(Video) Anjing lemas dalam kolam, pekerja petshop & owner hanya tengok, rakam

9 April lalu, seekor anjing lemas selepas diletakkan dalam kolam kecil untuk mengajarnya berenang. 
Pemilik haiwan dan pekerja kedai haiwan itu gagal mengambil tindakan awal selepas anjing itu tenggelam ke dasar kolam yang menyebabkan anjing itu lemas dalam kejadian yang berlaku di Bandar Fujian, China. 
Menurut Shanghaiist, pemilik anjing itu telah membawa anjingnya ke premis itu untuk belajar berenang. Sebaik saja pekerja memasukkan haiwan itu ke dalam kolam, anjing itu menjadi panik dan berusaha untuk timbul di permukaan air. 
Reaksi anjing itu jelas menunjukkan ia tidak pandai berenang dan akhirnya lemas. Namun dua individu terbabit tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan haiwan itu. Malah lebih teruk lagi, pemiliknya merakam seluruh kejadian itu dengan telefon pintarnya biarpun anjingnya terkapai-kapai meminta diselamatkan. 

Pekerja itu kemudian mengangkat anjing itu menggunakan batang paip, sambil dirakam oleh pemiliknya. 

Anjing itu diberi bantuan pernafasan (CPR) di sebuah kedai haiwan berhampiran. Malangnya sudah terlambat dan ia disahkan lemas. 
Menurut pemilik premis itu, wanita terbabit meminta pekerjanya meletakkan anjingnya ke dalam kolam itu. 
“Ini kemalangan. Jika anjing itu pandai berenang, ia akan berenang. Jika sebaliknya, dia akan timbul di permukaan, tak akan tenggelam. 
“Kami tak tahu kenapa anjing itu boleh tenggelam pada hari kejadian. 
“Kami telah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara tertutup dan pemiliknya meminta pampasan dari kami sebanyak RM9,200,” katanya. 
Difahamkan kedua-dua pihak masih berbincang mengenai jumlah pampasan. Biarpun berapa jumlahnya kelak, anjing itu tetap tidak akan kembali lagi. 

Sumber : TheReporter