(Video) “Teruk Anak Aku Meraung,” Lakonan Mantap Azhan Rani Beri Impak Emosi Sampai Penonton Cilik Ini Terkesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi bualan apabila karakter antogonis yang dibawa menerusi drama siri Nur menjadi perhatian.

Memenangi Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru membuktikan lakonannya ternyata memberi impak kepada penonton.

Walau bagaimanapun, kehebatannya lebih terserlah apabila meruntun hati penonton yang menyaksikan cerekarama Restu Ayah yang menampilkan dirinya dalam sisi yang berbeza.

Bukan sahaja orang dewasa, penonton cilik turut terkesan dengan watak yang disampaikan menerusi slot malam tadi.

Cerekarama Restu Ayah menceritakan kisah seorang anak, dilakonkan oleh Raja Atiq yang sudah biasa dimanjakan ibu bapanya, namun suatu hari, insiden hebat berlaku hingga menyebabkan ibunya terkorban manakala ayahnya mengalami ketidakupayaan fizikal.

Masih muda untuk melalui semua itu, Azlan menuduh ayahnya sebagai punca sehingga tercetus dendam dan amarah.

Azhan sendiri melalui Instagram miliknya turut berkongsi rasa sebak, kerana tidak menyangka mendapat sambutan sehebat itu daripada para penonton terutama kanak-kanak.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia

Sumber: Twitter Naquib, Eleanakamal, Instagram Azhan Rani

Sumber : SiakapKeli