‘Jumpa bawah kedai akak aku, patutlah orang selal utanya kenapa tutup lama sangat’

Sukarnya hendak berniaga kedai makan di zaman ini. Ada saja pihak yang tidak berpuas hati dan sanggup menggunakan sihir untuk merosakkan perniagaan orang. 

Beberapa hari lalu viral di Twitter, gambar penemuan bendasing yang dipercayai barangan sihir yang diletakkan di bawah kedai peniaga ini. 
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, tiga batang paku, cebisan besi atau berus penyental periuk dicampur bersama dengan nasi dibalut dalam kain putih. 
“Jumpa bawah kedai akak aku. Tapi takpa, aku percaya rezeki itu semua datang dari Allah. Tiada siapa dapat menghalang jika rezeki itu dah tertulis. Semoga orang yang menghantar benda ini mendapat hidayah,” kata Muhammad Fazil


Ditanya apakah kakaknya sedar ada perubahan yang berlaku seperti pelanggan semakin kurang atau sebagainya, Muhammad Fazil kurang pasti tetapi ada beberapa pelanggan yang berkata kakaknya sudah lama tidak berniaga, sedangkan setiap hari kakaknya berniaga di kawasan dan waktu yang sama. 
“Pelanggan surut atau tidak, kurang pasti. Kalau surut pun aku tak percaya benda ini penyebabnya. Tetapi ada orang kata kakak aku dah lama tak buka. Padahal kakak aku buka saja kedai dia. 
“Orang selalu tanya kenapa tutup lama sangat. Biar Allah sahaja yang membalas perbuatan manusia seperti ini,” ujarnya.
Tweet itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang mengesyaki perbuatan syirik itu dilakukan oleh peniaga Melayu. 
“Majoriti yang tweet semua kata Melayu. Tapi memang betul Melayu yang buat benda ini dekat kakak aku. Cuma aku tak boleh mendedahkan individu itu. See? Kita sebagai Melayu pun tahu perangai orang kita sendiri macam mana dalam adab berniaga ini. 
“Alhamdulillah kmai sudah berpindah dari kedai itu atas nasihat ustaz dan kawan-kawan. Kami masih berniaga di Pandan Jaya. 
“Siapa-siapa yang lalu kawasan Pandan Jaya, marilah singgah sini. Dari jam 4:00 petang sampai 10:00 malam. Ini lokasi baru yang kakak aku berniaga. Harap dapat menaikkan semangat dia semula,” katanya.


Sumber : TheReporter