Enam Lagi Peranti Huawei Menerima Kemaskini Android Pie

Kemaskini ke sistem operasi dan antaramuka adalah amat dinantikan pengguna Android. Ini adalah kerana tidak seperti iOS, kemas kini pada peranti Android adalah tidak pasti dan bergantung kepada belas ihsan pengeluar. Bagi pengguna enam peranti Huawei dan Honor, kini giliran mereka pula untuk menerima kemas kini ke Android Pie serta EMUI 9.

Kemas kini EMUI 9 mula diterima pengguna Honor 7X, Honor 9 Lite, Honor 9i, Huawei Enjoy 7S, Huawei Y9 (2018) dan Huawei Y9 (2019). Dalam kes Huawei Y9 (2019), kemas kini akan diberikan pada 17 April. Kesemua kemas kini ini diberikan pada pengguna di China terlebih dahulu sebelum diberikan secara berperingkat kepada pengguna global.

Sumber : Amanz