Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan ‘Galaxy Note 10 Pro’ Untuk Variasi Yang Lebih Berkuasa

Siri Galaxy Note merupakan siri peranti berkuasa yang digayakan dengan penggunaan stylus. Pada setiap tahun, Samsung akan memperkenalkan model baru untuk siri ini pada sekitar bulan Ogos. Berbeza dengan tahun sebelumnya, Samsung dilaporkan akan melancarkan dua variasi model untuk siri Galaxy Note pada tahun ini.

Menurut sumber yang dipercayai, Samsung dijangka akan hadir dengan variasi “Pro” untuk penawaran peranti berkuasa. Model ini dijangka akan membawa paparan sebesar 6.75-inci, berbanding 6.28-inci pada versi biasa. Versi Pro ini juga bakal hadir dengan keupayaan tri-kamera, sementara keupayaan dwi-kamera masih akan dikekalkan pada Galaxy Note 10.

Galaxy Note 9

Samsung juga dikatakan akan mula menawarkan variasi 4G LTE dan 5G pada kedua-dua model peranti ini. Versi 4G LTE akan membawa nombor model SM-N970 (Note 10) dan SM975 (Note 10 Pro), selain model 5G bakal hadir dengan nombor model SM-N971 (Note 10 5G) dan SM-N976 (Note 10 Pro 5G).

Samsung dijangka akan melancarkan siri peranti ini sebelum pengenalan iPhone baru pada bulan September. Ia dijangka akan membawa rekaan seumpama Galaxy S10, namun disertakan dengan penggunaan stylus. Perkara lanjut mengenai spesifikasi dan fungsi baru yang bakal dibawa masih tidak dinyatakan setakat ini.

Sumber : Amanz