Stratolaunch Pesawat Dengan Sayap Paling Panjang Di Dunia Berjaya Melakukan Penerbangan Sulung

Stratolauch ialah pesawat yang unik kerana ia mempunyai dua tubuh yang disambungkan kepada sayap yang merupakan yang paling panjang dalam sejarah dunia. Ia direka khusus untuk sistem pelancaran roket dan turut dilengkapi enam enjin jet yang diambil dari pesawat jumbo Boeing 747.

Selepas hampir dua tahu diperlihatkan kepada umum, Staratolaunch telah berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada hari Sabtu lalu. Pesawat ini terbang selama dua setengah jam sebelum mendarat semula di Lapangan Udara dan Angkasa Lepas Mojave. Ia berjaya terbang ke ketinggian 5200 meter dan mencatatkan kelajuan maksimum 304 km/j.

Dengan kejayaan penerbangan sulung ini, Staratolaunch memecahkan pesawat dengan sayap paling panjang yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose sejak 1947. Dengan sayap selebar 117 meter ia dengan  mudah memintas sayap Hughes H-4 yang sepanjang 97.54 meter.

Selepas ujian penerbangan, Staratolaunch akan melakukan ujian pelancaran roket pula pada tahun ini. Sekiranya berjaya, Stratolaunch boleh membawa roket dengan berat sehingga 500,000 pound  (227,000 kg) di antara dua tubuhnya. Ia menawarkan satu lagi alternatif melancarkan satelit atau kargo ke angkasa lepas.

Sumber : Amanz