Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Akan Dilancarkan Pada 24 April

Minggu lalu Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition telah diumumkan sempena tayangan filem Avengers End Game. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 24 April ini serentak dengan tayangan perdana End Game.

Dari imej acah yang dikongsi oleh pihak Oppo, perubahan yang dilakukan adalah pada kemasan luaran peranti.  Panel belakang berwarna biru lengkap dengan corak heksagon yang disusun seakan sarang lebah. Logo Avengers berwarna merah juga disertakan. Peranti juga akan hadir dengan imej latar belakang logo Avengers.

Tiada maklumat sama ada spesifikasi peranti akan mengalami perubahan yang drastik berbanding edisi biasa. Harga jualan Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tahun lalu OnePlus 6 edisi Avengers dijual lengkap dengan kerangka berbentuk Iron Man. Sebelum itu pula Samsung Galaxy S6 Edge versi Iron man turut dilancarkan sempena filem Avengers Age Of Ultron.

Sumber : Amanz