‘Berhenti datang cari Acap’ – Denny

Sejak semalam tersebar gambar salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh Mohammad Azlan atau Denny Lang, yang meminta orang ramai berhenti mencari adiknya, Mohammad Ashraf atau Acap, yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail 2019 sejak 23 Mei lalu. 
Tindakannya itu menimbulkan pelbagai persoalan netizen sehingga timbul beberapa spekulasi negatif. 
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim mengesahkan pihaknya menerima laporan dari Denny yang meminta orang awam menghentikan operasi mencari, pada jam 5.20 petang semalam. 
Berdasarkan laporan polis itu, Denny bukan sahaja meminta orang ramai berhenti mencari, malah meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar menenai adiknya dihentikan. 
“Waris ini telah berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan polis tersebut,” katanya. 
Sumber: Sinar Harian

Sumber : TheReporter