(Video) ‘Saya dengar ada lelaki dalam rumah, keluar atau saya panggil JAIS’ – Gadis berang difitnah sekumpulan lelaki

“Sumpah geram siapa yang report! Call cakap dengar suara lelaki dalam rumah, selepas itu nak tuduh macam-macam dan kata kitorang buka pintu belakang untuk lepaskan ‘lelaki’ itu situ. Apa funtion guard kat depan? Tak nampak ke orang keluar masuk?! Selepas itu kau nak cakap, orang yang hantar WhatsApp itu ustaz sebelah kau,” demikian luahan amarah seorang pengguna Twitter yang berang dengan tindakan sekumpulan lelaki dalam kejadian malam tadi. 
Menurut pengadu, lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemotong rumput terdahulu meminta pengadu dan rakan serumah keluar sebentar kerana mendapat aduan ada lelaki dibawa masuk ke rumah mereka. 
Terkejut dengan dakwaan yang tidak berasas itu, pengadu menafikannya tetapi individu terbabit tidak percaya. 


CERITANYA, aku dengan housemate semua tengah makan dan lepak kat bilik aku. Selepas itu si pemotong rumput ini tiba-tiba call dan kata “Tolong keluar kejap”. 
“Kitorang macam, apa hal tiba-tiba dia nak suruh keluar. Dia hantar mesej di WhatsApp, kata ada lelaki dalam rumah. Kitorang macam cuak gila. 
Selepas itu, kitorang usha dekat tingkap tandas. Ramai sangat lelaki di luar rumah menyebabkan kitorang bertambah cuak sebab macam kena tangkap khalwat. 
Kitorang pun cakap dengan dia. Boleh pula dia kata, “Saya nampak ada lelaki masuk rumah tadi.”, Aku terus cakaplah, “Itu bapak saya.”. 


Kemudian dia seperti mencari point lain dan kata dia nampak lelaki lain. Housemate aku pula kata, “Member saya hantar, lepas itu balik ikut pintu belakang pagar yang masuk itu.” 
Selepas itu, si orang masjid ini kata, “Saya buat kerja saja, tak tahu apa-apa, saya di masjid,” katanya. 
Si pemotong rumput ini dengan wajahnya yang tak puas hati dengan kitorang, nak juga mencari kesalahan kitorang. Aku pula dah cuak, sudahlah 10 orang lelaki berada di depan rumah. 
Call member lelaki datang dan kitorang beranikan diri untuk keluar nak slow talk. Selepas selesai, bayangkan diorang masih boleh lepak di depan rumah kitorang. 
“Dah settle kan? Kenapa duduk sini?” soal housemate aku. 

“Saja nak lepak sini,” diorang kata. 
Tidak beberapa lama kemudian, member lelaki kitorang pun sampai. Tetapi lelaki boleh pula buat cerita.
“Kitorang nampak diroang ni buka pintu belakang bagi lelaki itu keluar,” katanya. 
Geramnya! Rumah aku ada pintu depan belakang, takkan nak buka pintu belakang pun dituduh ada lelaki keluar masuk?
Ini yang berlaku masa member lelaki kitorang sampai. 

Kitorang memang selalu buka pintu belakang sebab washing machine berada di luar rumah. Sinki pun tak elok semenjak kami masuk ke rumah ini dan pemiliknya pun tak ambil tindakan segera. 

Setiap hari kitorang merewang basuh pinggan mangkuk, belanga di luar. Celah mana lelaki datang? Manusia zaman sekarang suka menabur fitnah. 

Housemate baru selesai buat laporan polis. Tadi polis call orang potong rumput itu and guess what, mengelabah dia masa nak jawab tu. 

Polis call and psycho dia balik like, “Awak orang taman perumahan ini ke? Kalau saya jadi student ini pun, saya takkan keluar rumah. Kenapa awak tak call polis dulu? Korang tak ada hak pun nak rush rumah orang without warrant or anything.”

Sumber : TheReporter