Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Pesaing AirPods Tersendiri – Surface Buds?

Fon telinga nirwayar telah menjadi fokus ramai pengeluar sejak ia dipopularkan oleh pihak Apple melalui pengenalan AirPods sebelum ini. Pelbagai pengeluar telah hadir dengan penawaran tersendiri, dan kini ia diperkatakan yang mana Microsoft turut akan hadir dengan jawapan mereka tersendiri.

Menurut laporan Thurrott, Microsoft diperkatakan sedang membangunkan fon telinga nirwayar mereka dibawah nama kod Morisson. Info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Tetapi sekiranya mengikut pengenalan Surface Headphones sebelum ini, kita mungkin boleh menyasarkan integrasi Cortana, selain sokongan menghilangkan bunyi hingar melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melancarkannya kepada umum. Mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2019 ini, atau tahun hadapan.

Sumber : Amanz