Vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Mungkin Berharga RM1899 Di Malaysia

Vivo Malaysia sebelum ini telah pun mengacah yang mana mereka bakal menawarkan Vivo V15 Pro dengan memori sehingga 8GB RAM untuk pasaran tempatan. Kini, selari dengannya, beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan, sekaligus memperlihatkan harga jualan tempatannya.

Melalui DirectD, Vivo V15 Pro versi 8GB RAM diperlihatkan akan membawakan tanda harga RM1899 – sekaligus membawa hanya perbezaan sebanyak RM100 berbanding versi 6GB RAM yang dijual pada harga RM1799.

Dari segi spesifikasi, ia mengekalkan penawaran lain, termasuk skrin 6.39-inci Super AMOLED, penggunaan cip Snapdragon 675, storan 128GB, bateri berkapasiti 3700mAh, kamera pop-naik 32-megapixel, dan tri-kamera 48-megapixel dibelakang.

Buat masa ini, ramai penjual yang membuka pra-tempahannya terlebih dahulu, dan ia disasarkan dipasarkan pada minggu ini.

Sumber : Amanz