Peranti Huawei Kini Boleh Memuat Turun Aplikasi VLC Dari Play Store

Pada bulan Julai yang lalu, peranti keluaran Huawei dihalang dari memuat turun aplikasi VLC dari Play Store oleh pengeluar. Ini adalah kerana sistem pengurusan sistem Huawei menutup aplikasi secara agresif sehingga membuatkan ia sukar digunakan. Pengguna kemudian menyalahkan VLC dan meninggalkan ulasan negatif yang menggugat kedudukan aplikasi di Play Store.

Halangan ini nampaknya telah ditarik oleh VLC menurut laporan AndroidPolice. Menerusi kenyataan rasmi yang diberikan oleh VLC, halangan ditarik beberapa bulan yang lalu tetapi mereka tidak melakukan pengumuman. Pemilik peranti Huawei kini boleh memuat turun aplikasi terus dari Play Store secara normal. Kami sendiri boleh memuat turun VLC pada P30 Pro dan Mate 20 Pro di makmal Amanz tanpa masalah sebentar tadi.

Sumber : Amanz