Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan itu, Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Air Mata Hampir Jatuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Melihat kepada kehidupan daif yang dilalui anak-anak kecil dan penduduk di kepulauan Mabul, Sabah ini ternyata menjentik emosi.

Dihimpit dengan kemiskinan serta pelbagai dugaan hidup, bukan calang-calang manusia mampu mengharungi setiap ujian ini dengan tabah dan berlapang dada.

MISI SENTUHAN ANAK BAJAU LAUT, SABAH.

Misi ini ialah hajat Kak Pah. Ingin menyantuni anak-anak gelandangan Bajau Laut di tanah besar Semporna dan di laut Mabul.
Pengalaman bermisi dgn dua buah badan NGO ke sana sebelum ini, bantuan kebanyakannya tertumpu di dalam Pulau sahaja.

Memang apa yang Kak Pah buat ini sangat berisiko tinggi dari segi keselamatan terutamanya, masuk ke kawasan penempatan mereka yang tidak punya taraf kerakyatan dan sering berlaku kes penculikan di perairan ini. Tetapi … dalam keadaan begini, Kak Pah selalu gantungkan harapan dan hati, Allah ada sebagai pelindung.

Selebihnya .. Kak Pah menggunakan khidmat ehsan En Marsunain Misnain, anak jati Bajau Laut yang pernah hidup bersama mereka dan kini telah berjaya dan cukup disegani, sebagai juruiring. Kami juga dilindungi insuran khas utk misi ini sbg langkah berjaga-jaga.

Program di Masjid Ar Rahman juga mencipta kelainan. Memandikan 100 orang anak gelandangan Bajau Laut yang datang berkaki ayam dengan tapak kaki yang hitam dan pakaian yang lusuh. Segalanya diganti baru sesudahnya .. dijamu makan dan dibekalkan sedikit wang saku.

50 orang Warga emas pula menerima sumbangan keperluan dapur bernilai RM 100 seunit . Dua buah madrasah juga turut menerima sumbangan berupa 100 set alat-tulis , iqra dan al quran.
Menyusuri perkampungan bajau laut dengan sampan , ternyata kedatangan kami diterima baik dan dialu-alukan.
“Kak … kakkk .. mintak baju”
“Kak .. kakkk … mintak makan”
“Kak … kakkk … mintak air …”
Sejujurnya .. naluri kemanusian bagai tersayat sembilu melihat wajah-wajah anak kecil bertelanjang bulat dgn perut yang buncit, kecacingan mungkin.

Bukan mereka tidak ingin berbaju. Malah bagi yang ada baju, setiap baju itu dipakai hari – hari sehingga ketat dan lusuh. Baju terpakai yang dijual di Pulau sangat mahal harganya.

Dengan pendapatan menjual hasil laut, antara baju dan air bersih … membayar untuk air bersih lebih menjadi keutamaan.

Mereka hidup di atas sampan yang kecil dalam bilangan yang ramai. Kadang-kandang berbelas orang, dua-tiga kelamin di dalamnya.
Yang pasti, sampan dan laut inilah dunia mereka. Pendapatan hanya bergantung kepada menjaja hasil laut. Berapalah sangat hasilnya , hanya menggunakan cara tradisional saja untuk semua itu.

Misi ini …. membuka mata hati kami tentang nilai sebuah kehidupan dan kebesaran Allah. Biar siapa pun mereka, dari segi hati dan perasaan , mereka sama saja dengan kita.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Kak Pah sangat bersyukur kerana sumbangan anda semua telah sampai ke tangan mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat sukarelawan atas segala pengorbanan dalam menjayakan misi ini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan juga wang ringgit.
Yaa .. kami ingin ke sana lagi, bukan kerana keindahan laut dan pulau yang memukau pandangan .. tetapi kerana suara anak-anak Bajau Laut yang sentiasa memanggil-manggil dengan mata yang sendu itu selalu terngiang-ngiang dan telah melekat kuat di dalam hati …

LALU NIKMAT MANA YANG KAU DUSTAKAN …

Bubur nasi segera ni hampir Kak Pah buang … sbb lepas masuk air panas, rasanya tawar dan tak sedap. Tiba-tiba dia memanggil

“Kakkk .. mintak makan!”
“Dah abisss … nanti datang”
Kak Pah bangun dari meja di anjung chalet kami, hendak menuju ke tong sampah. Dia yang berpaut pada tiang pelantar anjung terus merayu.

“Kak … mintak makan”
Jarinya menunding ke cup bubur nasi segera dalam tangan Kak Pah yang hampir dibuang.

Kak Pah tenung wajah sayu dia lalu menghulurkan cup bubur segera tu tanpa mahu berfikir panjang lagi.
Apa yang terjadi selepas tu buat Kak Pah hampir jatuh air mata ….

Sumber: Natipah Abu

Sumber : SiakapKeli