Peniaga Di Malaysia Mampu Menjana Lebih Pendapatan Di eBay Dengan Adanya 179 Juta Pembeli Aktif

Peniaga di Malaysia dilihat berpontensi untuk meraih lebih ramai pelanggan apabila mereka mula memanfaatkan platform eBay ini. Wong Mei Inn iaitu Ketua Pertumbuhan Jualan Asia Tenggara eBay telah mengeluarkan kenyataan bahawa eBay pada saat ini sudah mempunyai 179 juta pembeli aktif. Pencapaian ini membolehkan peniaga mendapatkan pembeli yang berpontensi yang lebih ramai dengan menyenaraikan produk mereka pada platform eBay.

Aktiviti eksport dan perdadangan antarabangsa di Malaysia masih dilihat berada di tahap yang awal. Disebabkan itu, ia memperlihatkan sejumlah peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai platform eBay ini. Bagi membantu para peniaga untuk memasuki platform ini, Program Akademi eBay telah dilancarkan yang mana ia direka untuk mengukuhkan lagi kedudukan perniagaan melalui perkongsian pandangan dan panduan operasi. Inisiatif ini sekali gus dapat membenarkan peniaga baru untuk memasuki ke pasaran global.

Untuk makluman anda, Program Akademi eBay adalah bengkel latihan yang dianjurkan oleh eBay, hasil usahasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan dalam memulakan perniagaan e-dagang mereka, seperti menghubungkan mereka bersama pembeli aktif pada pasaran global.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi digital dilihat telah menyumbang sebanyak 18.2% kepada keuntungan produk domestik negara pada tahun 2017. Mereka menjangkakan, peratusan ini dijangka akan meningkat sebanyak 20% menjelang 2020. Laporan ini turut menyatakan, inisiatif e-dagang ini telah diiktiraf sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan pendapatan bagi ekonomi Malaysia. Seterusnya, platform ini juga dapat mengalakkan lebih banyak penyertaan PKS pada pasaran e-dagang eBay.

Sumber : Amanz