Telekom Malaysia Kini Membuka Pendaftaran Pakej Unifi 300Mbps Pada Harga RM199

Telekom Malaysia kini dilihat telah membuka pendaftaran pakej internet berkelajuan lebih tinggi berbanding pakej 100Mbps, iaitu pakej Unifi 300Mbps.

Unifi 300Mbps ditawarkan oleh pihak TM pada harga langganan RM199 sebulan – dan hadir dengan penawaran kontrak selama 24 bulan.

Unifi 300Mbps

Pakej Unifi 300Mbps ini hadir dengan kelajuan muat-turun sehingga 300Mbps, kelajuan muat-naik sehingga 50Mbps, masa panggilan ke semua talian selama 600 minit, dan set kotak Unifi TV.

Secara kasar, penawaran pakej ini adalah sama seperti penawaran pakej versi 30Mbps yang dijanjikan dengan naik-taraf kepada 300Mbps. Pembukaan pakej ini kepada umum juga seperti memberikan petanda yang mana TM mungkin sudah menaik-taraf semua pelanggan dibawah pakej 30Mbps kepada kelajuan 300Mbps.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan turut melihat pihak TM menawarkan pakej 500Mbps dan 800Mbps untuk didaftarkan oleh pengguna baru.

Sumber : Amanz