‘Produk ko semua haram sebab guna duit berlakon, tayang rambut, badan’ – Zara Zya terkilan dihina netizen biadap di Instagram

“Hina sangat ke kalau saya meniaga? Tak tahulah kenapa tapi ayat yang dia tulis itu betul-betul buat saya sedih sangat,” demikian luah pelakon Zara Zya di Instagramnya semalam yang terkilan dihina seorang individu yang tidak dikenali. 

Individu yang tidak didedahkan namanya itu meminta Zara tidak perlu berniaga kerana produknya tidak laku dan haram sebab menggunakan duit berlakon, tayang rambut dan badan. 
Malah, individu itu tergamak menyarankan Zara menjual dirinya. 
“Saya sedar saya ni bukan hebat sangat meniaga, tapi apa salah saya? (Dia) siap cakap pasal family saya. 
“Kalau kritikan itu untuk saya saja, saya boleh terima. Tetapi bila sentuh bab keluarga, memang saya sedih sangat. 
“Saya takkan lupa betapa susahnya ibubapa saya mencari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yang cukup. Inilah masa untuk saya balas balik untuk ibubapa saya. 
“Saya kena tipu, bukannya orang tahu. Saya tak tidur pun, tiada sesiapa yang tahu. Takkan saya nak canang cerita pula kesusahan saya? 
“Produk saya itu tak haram. Sampai hati cakap macam tu. Kalau berani, jumpa saya depan-depanlah. Apa yang dia sakit hati sangat dengan saya? Bila jadi begini, saya jadi tak kuat,” ujarnya. 
Jelas Zara lagi, bertahun-tahun dia bertahan, menguruskan perniagaannya sendiri, jatuh bangun dalam peniagaan dan karier tetapi tiada siapa yang tahu semua itu kerana orang hanya menganggap dia senang dan makan untung atas angin sahaja. 
“Apa perasan korang kalau setiap hari ada saja yang caci maki korang? Bertahun-tahun saya bertahan, saya packing produk sendiri, pergi pos sendiri, tulis form pos sendiri, kena tipu pasal meniaga, kena tipu pasal lakonan, produk tak jalan, promote berhari-hari tapi tak ada sales, semua saya dah rasa. 
“Orang nampak yang senang saja, ingat saya kaut untung atas angin saja. Ada juga yang dah kaya, ada pengalaman jual produk macam-macam dok mengata saya. Padahal saya tak jual sama produk dengan dia pun. Dengki sangat dengan saya kenapa? 
“Saya berlakon pun bukan bagus sangat dan tidak mungkin saya nak berlakon sampai tua. Apa lagi yang saya pandai buat, bisnes sajalah. 
“Ramai orang ingat saya kuat tapi kalau dah kerap macam ni, saya pun down juga. Saya jual lipmatte, orang kata bibir tak cantik pun nak jual lipmatte. Saya jual lens, orang kata saya tiru orang lain meniaga. Saya jual trimzshot, orang kata dah kurus tak payahlah nak menipu. Sampai kata semua yang saya jual itu haram.
“Kali ini saya rasa nak mengadu dengan followers saya. Saya nak tanya followers saya, salah ke saya berniaga?” soalnya. 
Media sosial sepatutnya dimanfaatkan, bukannya digunakan untuk menyakiti hati orang. Kalau tersilap langkah, netizen mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya individu yang disakiti itu tadi membuat laporan polis dan heret kes ke mahkamah. Oleh itu, jangan salahgunakan media sosial. 

Sumber : TheReporter