Robot Spot Oleh Boston Dynamics Kini Boleh Digunakan Untuk Tugas Menarik Lori

Robot Spot diperlihatkan pada tahun 2017 dengan kemampuan bergerak dengan bebas di dalam sebuah pejabat. Dengan aksesori tangan, ia boleh bekerjasama dengan sebuah lagi robot Spot untuk membuka pintu. Kemampuan robot ini meningkat sekali lagi kerana ia kini boleh digunakan untuk menarik lori.

Di dalam video yang baru sahaja dimuat naik oleh Boston Dynamics, sepuluh robot Spotpower bekerjasama menarik sebuah lori. Menurut Boston Dynamics, robot Spot kini sedang dihasilkan dalam jumlah yang banyak dengan jualan akan dibuka pada penghujung tahun ini. Selain menarik lori, Spot telahpun diuji untuk digunakan di tapak pembinaan d Jepun. Spot mungkin  boleh digunakan untuk mengangkat beban yang berat menaiki tangga menggantikan tugas pekerja manusia.

Sumber : Amanz