Gambar Peranti OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Tertiris Ke Arena Web

OnePlus telah diperkatakan bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada pertengahan Mei kelak. Kini, selari dengannya, @onleaks hari ini berkongsi gambar rekaan peranti yang diperkatakan sebagai OnePlus 7 dan juga OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7

OnePlus 7 dilihat akan menawarkan skrin pipih bersaiz sekitar 6.4-inci, menggunakan takuk bersaiz kecil, dan dwi-kamera belakang 48-megapixel.

Untuk OnePlus 7 Pro pula dijangka menggunakan skrin bersaiz 6.64-inci dengan melengkung ditepi, menggunakan kamera pop-naik dihadapan, selain tri-kamera belakang dengan lensa utama 48-megapixel.

Disamping kedua-duanya juga, OnePlus turut dijangka memperkenalkan OnePlus 7 Pro 5G yang dijangka hadir dengan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pertengahan Mei 2019 ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak OnePlus.

Sumber : Amanz