TheLorry Menerima Suntikan Pelaburan Strategik Daripada Unilever

Unilever merupakan syarikat disebalik pelbagai jenama popular, termasuk seperti Knorr, Lipton, Dove, Rexona, Sunsilk, dan sebagainya. Terkini, Unilever turut membuat kejutan, dan mengumumkan pelaburan strategik pada salah satu syarikat tempatan, iaitu TheLorry.

TheLorry merupakan salah satu syarikat tempatan yang memudahkan pengguna membuat tempahan lori melalui aplikasi, selain turut memohon tenaga kerja bantuan untuk mengalih barangan.

Selain penawaran untuk pengguna, TheLorry turut mempunyai penawaran logistik untuk perusahaan. Malah, mereka telah bekerjasama dengan pihak Unilever sejak tahun 2017 yang lepas.

The Lorry

Melalui pelaburan strategik pada TheLorry, pihak Unilever menyasarkan yang mana kos logistik mereka dapat dikurangkan. Selain daripada itu, Unilever turut akan membantu TheLorry dalam memperluaskan penawaran ke negara-negara lain di rantau Asia Tenggara ini.

Nilai pelaburan tidak diumumkan buat masa ini. Selain pelaburan Unilever, TheLorry turut telah mengumumkan suntikan dana daripada sejumlah pelabur baru-baru ini, sebanyak RM24 juta.

Baca : Bagaimana Saya Bermula? – Kisah Disebalik Permulaan TheLorry.com

Sumber : Amanz