Anjing Kintamani, Anjing Baka Pertama Indonesia Yang Menerima Pengiktirafan Antarabangsa

Anjing Kintamani dari Bali, Indonesia yang merupakan anjing baka pertama Indonesia yang telah menerima pengiktirafan antarbangsa oleh Fédération Cynologique Internationale (FCI) iaitu sebuah Persekutuan Antarabangsa Kelab Kennel Kebangsaan. Surat pengakuan itu secara rasmi diserahkan oleh organisasi yang berpangkalan di Belgium dan ditandatangani oleh Yves De Clercq.

“FCI telah mengistihar kepada dunia bahawa anjing Kintamani merupakan baka anjing asli Indonesia” kata Pengerusi Kelab Kennel Indonesia (IKK), Benny Kwok Wie Sioe memberitahu kepada wartawan. Benny juga menambah bahawa IKK telah mengiktiraf anjing Kintamani sejak tahun lepas lagi.

Dengan pengiktirafan yang diberikan oleh FCI, anjing baja jenis Kintamani ini boleh dipertandingkan di peringkat antarabangsa selain boleh menyertai pertunjukan anjing yang dianjurkan. Selain itu, kelebihan lain ialah dokumen kelahiran Kintamani boleh menggunakan logo rasmi FCI.

Gabenor Bali, Wayan Koster berkata, selain berbangga dengan pengiktirafan yang diterima ini, beliau juga menyeru agar penduduk tempatan dan rakyat Indonesia sendiri menjaga alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

“Kami mempunyai banyak lagi haiwan yang menakjubkan di Bali iaitu burung Tiong Bali dan Lembu Bali. Haiwan-haiwan ini akan kami pertahankan untuk kebaikan ekosistem di Bali selain haiwan unik itu sendiri. Haiwan-haiwan ini sangat bernilai kepada ekonomi negara kita” katanya.

Benny berkata, baka anjing Kintamani ini sangat pintar dan telah memenangi beberapa pertandingan sejak beberapa tahun lalu. Beliau sendiri turut memelihara anjing peliharaan jenis baka ini.

Beliau berharap agar pengiktirafan antarabangsa ini dapat meningkatkan harga baka. Buat masa kini, harga baka jenis ini berharga Rp. 200.000 dan Rp. 300.000 (RM700 – RM800). Baka anjing yang telah diiktiraf dengan keturunan yang baik seperti Golden Retrieve boleh mencapai harga sehingga Rp 5 juta (RM15,000) untuk anjing dewasa dan Rp 3 juta (RM 9000) untuk anak anjing.

Sumber: The Jakarta Post

Sumber : SiakapKeli